WAHAI IKHWAN
YANG BENAR DALAM FIKRAHNYA...Rukun Bai'ah adalah sepuluh rukun maka hendaklah
kamu memeliharanya: Faham, Ikhlas, Amal,
Jihad, Tadhiyyah, Taat, Thabat, Tajarrud, Ukhuwwah dan Thiqah.Wahai akh
yang benar dalam dakwahnya:
FAHAM
Maksudku dengan rukun faham
adalah: Hendaklah kamu yakini bahawa fikrah kita adalah fikrah Islam yang tulen
dan hendaklah difahamkannya kepada orang ramai seperti mana yang kita fahami
dalam lingkungan dua puluh usul yang amat ringkas.1. Islam adalah satu sistem
yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan
negara ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih
sayang dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan
hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan
kekayaan, ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu
juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama
pengiktibarannya di sisi kita.2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci
adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam.
Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa arab dengan tidak mengikut
sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah
dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.3. Iman yang
benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang
diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham,
lintasan hati, tilikan dan tenungan adalah bukan dari dalil hukum syariah yang
tidak diberikan iktibar kecuali jika tidak bertembung dengan hukum dan nas
agama.4. Dan setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi serapah dan
pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk dalam perkara mungkar yang
wajib diperangi kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran dan tangkal
yang sandarannya.5. Pandangan Imam dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas
putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan yang berbagai
hendaklah dipakai selagi mana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak.
Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat.
Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada makna-maknanya
sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan
tujuannya.6. Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan
kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi dari dosa, Rasulullah s.a.w.
Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a yang bertepatan dengan
kitab Allah dan sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan
dengan nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w adalah yang lebih
utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan
seseorang dari mereka walaupun apa yang telah diselisihkan mengenainya. Kita
serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah bergantung
kepada apa yang telah mereka kerjakan.7. Setiap muslim yang tidak sampai kepada
martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut
kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok lagi
kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya
upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk
yang diserta dengan dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang
memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan
ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia
sampai kepada peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum).8. Perselisihan faham dalam
perkara furuk fekah tidak boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di
dalam agama, juga janganlah ianya membawa kepada perbalahan, kemarahan antara
satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika
dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang diperselisihkan ini
yang dilakukan dalam naungan perasaan kasih mengasihi kerana Allah, bantu
membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenarnya, dengan tidak membawa
kepada perbahasan yang dikeji dan perasaan taasub.9. Melarutkan diri ke dalam
masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan)
yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti
banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam
membahaskan makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal
pengetahuan dan perbincangan untuk melebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan
pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan
bersahabat dengan Rasulullah s.a.w dan kesemuanya dibalas bergantung kepada
niatnya. Membincangkan perkara ini boleh membawa kepada perselisihan yang buruk
akibatnya.10. Makrifat Allah Taala, tauhid kepadaNya, membersihkanNya adalah
akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan hadis sahih yang
menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang layak denganNya, kita beriman
dengannya seperti mana datangnya ayat itu tanpa takwil dan mencuaikan. Kita
juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh
ulamak mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh
Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan
orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu
ugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi
Tuhan Kami" (Al-Imran).11. Setiap perkara bid'aah dalam din Allah yang
tidak ada asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka dengan
menambahkan ataupun mengurangkannya, adalah perkara kesesatan yang wajib
diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada
merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.12. Perkara bid'aah tambahan dan
kurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah
yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri.
Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti.13.
Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan
mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah
yang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa
kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie
dengan menganggap bahawa mereka telah diredhai oleh Allah dan mereka tidak
mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat diri mereka sendiri di
kala hidup atau mati mereka tambahan pula memberikan perkara seperti itu kepada
orang lain.14. Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan
tetapi dengan caranya yang muktabar. Namun begitu, meminta pertolongan,
memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya dengannya
secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, menghiaskan dan menerangkan
kubur mereka, menyapunya, bersumpah dengannya selain dari Allah dan sebagainya
dari perkara yang bid'aah, kesemuanya itu adalah perkara yang bid'aah yang
merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Janganlah kita mentakwilkan
perkara-perkara ini kerana kita hendaklah menyekat daripada berlakunya
perkara-perkara tersebut (Saddu al-Zaraik).15. Doa kepada Allah yang disertai
dengan tawasul dengan orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara
berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.16. Uruf yang salah tidak akan
menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud
makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita bebaskan
diri kita dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek kehidupan dan juga
agama. Pengajaran diambil daripada apa yang dinamakan dan bukannya dan nama itu
sendiri.17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih utama
dari amalan anggota lain. Mencari kesempurnaan dalam amalan keduanya adalah
dianjurkan oleh syarak walaupun terdapat perbezaan darjah anjuran ini.l8. Islam
telah membebaskan akal dan memberi galakkan supaya memerhatikan bumi ini. Islam
juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik
dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari
mukminin dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak
dengannya.'19. Kadang-kala setiap pandangan syarak dan pandangan akal
menyelusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan yang kedua tetapi
keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat'ie). Hakikat
ilmiah yang sahih tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap.
Perkara yang dzan (diragui) darinya akan ditakwilkan agar bertepatan dengan
perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan
syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal ketika itu hanyalah
untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.20. Kita tidak akan
mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal
dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana pandangan
ataupun maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan
kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang darurat dalam agama,
ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran
yang ditafsirkan sebagai kufur oleh gaya bahasa arab, ataupun beramal dengan
amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.Jika seorang akh itu
mengetahui dinnya dengan usul-usul ini, ketika itu dia telah mengetahui apakah
makna yang dimaksudkan oleh slogan abadinya iaitu `Al-Quran Perlembagaan Kami
dan Rasul Ikutan Kami'.
IKHLAS
Maksudku dengan ikhlas: Bahawa
seorang saudara muslim itu menujukan segala perkataan, amalan dan jihadnya
keseluruhannya kepada Allah, mencari keredhaan dan kebaikan balasanNya, dengan
tidak melihat keuntungan, gaya,
pangkat, gelaran, kemajuan ataupun kemunduran. Dengan itu dia menjadi seorang
tentera kepada fikrah dan akidah dan bukannya tentera satu tujuan atau manfaat
yang tertentu. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah bahawa
sembahyangku, ibadatku, kehidupanku dan kematianku hanyalah kepada Allah tuhan
sekelian alam dan dengan itulah aku diperintah" (Surah al-An'aam). Dengan
itu juga seorang akh muslim itu dapat memahami makna slogan abadinya iaitu:
"Allah Matlamat Kami". Allahuakbar, kepada Allah segala pujian.
AMAL
Maksudku dengan amal: Natijah dari
ilmu dan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud: "Dan katakanlah (wahai
Muhammad): "Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang
yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan. Dan kamu akan dikembalikan
kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, maka
Dia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" (Surah
al-Taubah). Peringkat amal yang diperlukan dari seorang akh yang benar
keimanannya itu adalah: 1. Memperbaiki dirinya sendiri sehingga menjadi seorang
yang kuat fizikal, berakhlak mulia, berpengetahuan tinggi, berupaya untuk
berdikari, selamat akidah, ibadat yang sahih, berjihad dengan dirinya sendiri,
menjaga masanya, teratur dalam segala urusannya dan bermanfaat kepada selain
darinya. Itulah kewajipan setiap orang akh. 2. Membentuk rumah tangga muslim
dengan membawa ahli rumahnya menghormati fikrahnya, memelihara adab-adab Islam
dalam setiap urusan kehidupan, tepat dalam memilih isteri, mengikat isterinya
pada hak-hak dan kewajipannya, elok tarbiyah anak-anak dan pembantu dan membesarkan
mereka menurut dasar-dasar Islam. Itulah juga kewajipan setiap orang akh. 3.
Memberi petunjuk kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah kebaikan,
memerangi perkara keji dan mungkar, menggalakkan sifat yang mulia, menyeru
kepada kebaikan, bersegera ke arah kebaikan, membawa pandangan umum kepada
fikrah Islam dan mencelup kehidupan umum dengan celupan dakwah Islam. Itu
adalah kewajipan jemaah sebagai pertubuhan yang beramal. 4. Membebaskan negara
dari penjajahan kuasa asing bukan Islam sama ada penjajahan itu berbentuk
politik, ekonomi ataupun rohani. 5. Memperbaiki kerajaan sehingga menjadi
kerajaan Islam yang sebenarnya. Dengan itu ia dapat menunaikan tugasnya sebagai
pembantu kepada umat, buruh dan pekerja untuk kepentingannya. Kerajaan Islam adalah
kerajaan di mana anggotanya adalah muslimin yang menunaikan fardhu-fardhu Islam
dan tidak melakukan maksiat dan ia menjalankan semua hukum dan ajaran Islam.
Tidak menjadi masalah jika kerajaan ini meminta bantuan dengan orang yang bukan
Islam ketika darurat tetapi bukan dalam jawatan pemerintahan umum. Tidak
menjadi masalah mengenai bentuk ataupun jenis pertolongan yang diminta selagi
mana ia adalah bertepatan dengan kaedah umum dalam dasar pemerintahan Islam. Di
antara sifat kerajaan Islam adalah: Merasakan tanggung jawab yang diletakkan
kepadanya, kasihan belas kepada rakyat, berlaku adil di kalangan manusia,
cermat dalam perbelanjaan wang umum dan berekonomi padanya. Antara kewajipannya
adalah menjaga keamanan, melaksanakan undang-undang, menyebarkan ajaran Islam,
melengkapkan kekuatan, menjaga kesihatan, menjaga kepentingan umum, menyuburkan
harta benda dan menjaga wang negara, menguatkan akhlak yang mulia dan
menyebarkan dakwah Islamiyyah, Antara haknya pula ketika ia telah menjalankan
kewajipannya itu adalah: Diberikan ketundukan dan kepatuhan, dibantu dengan
diri dan harta. Jika kerajaan ini tidak menjalankan kewajipannya dengan
sempurna maka ia mesti diberikan nasihat dan petunjuk, kemudiannya dipecat dan
dijauhkan jika ia tidak mengikut nasihat kerana tidak ada ketaatan kepada
makhluk dalam perkara maksiat kepada yang menciptanya. 6. Mengembalikan
kehebatan antarabangsa kepada umat Islam dengan membebaskan negara-negara Islam
yang dijajah, menghidupkan keagungannya, memperdekatkan peradabannya, menghimpunkan
kesatuannya sehingga membawa kepada kembalinya Khilafah Islamiyyah yang telah
hilang, dan mengembalikan kesatuan yang diharap-harapkan. 7. Membentuk kuasa
besar dunia dengan menyebarkan dakwah Islam kepada setiap pelusuknya sehingga
tidak ada lagi di sana fitnah dan agama itu hanyalah untuk Allah. Allah Taala
enggan kecuali untuk disempurnakan NurNya (Maksud firman Allah). Keempat-empat
peringkat yang terakhir ini adalah wajib kepada jemaah yang bersatu dan juga
kepada setiap akh dengan sifatnya sebagai anggota dalam jemaah ini. Alangkah
beratnya tanggung jawab dan alangkah besarnya misi ini. Manusia lain akan
memandangnya sebagai khayalan sementara akh muslim memandangnya sebagai hakikat
yang ingin dicapai dan dia tidak akan berputus asa. Bagi kita, Allah adalah
harapan utama kepada kita seperti mana yang dimaksudkan oleh firman Allah dalam
surah Yusuf: "Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah
ditetapkanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
JIHAD
Maksudku dengan jihad adalah: Ia
adalah satu fardhu yang berkuatkuasa sehingga hari kiamat. Begitu juga maksud
dari sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dan tidak
berperang dan tidak berniat hatinya untuk berperang maka dia mati dalam keadaan
mati jahiliyyah." Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati,
peringkat tertingginya adalah berjihad di jalan Allah. Antara keduanya: Jihad
lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim.
Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan ketinggian
dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya kelebihan jihad di jalan
dakwah, mahalnya harga yang dipinta untuk mendokongnya, besarnya balasan yang
akan diberikan kepada orang-orang yang beramal. "Berjihadlah di jalan
Allah dengan sebenar-benar jihad." Dengan itu kamu akan memahami apakah
yang dimaksudkan dengan slogan abadi kamu: `Jihad Adalah Jalan Kami'.
TADHIYYAH
Maksudku dengan tadhiyyah
(pengorbanan) adalah: Mengorbankan harta, waktu, kehidupan dan segalanya untuk
mencapai matlamat yang ingin dicapai. Tidak ada jihad di dunia ini yang tidak
disertai dengan pengorbanan. Jangan sekali-kali unsur pengorbanan ini digugur
dalam jalan fikrah ini kerana sesungguhnya di sana ada balasan dan pahala yang
besar dan indah untuknya. Sesiapa yang berhenti dari memberikan pengorbanan
maka dia adalah berdosa. "Sesungguhnya Allah telah membeli nyawa dan harta
dari mukminin." "Katakan bahawa jika sekiranya ayah-ayah kamu dan
anak-anak kamu..." "Demikian itu kerana mereka tidak ditimpa dahaga
dan kekurangan..." "Jika kamu taat maka Allah akan memberikan
kepadamu balasan yang baik" Dengan demikian kamu akan memahami makna
slogan abadimu: `Mati Syahid Di Jalan Allah adalah Setinggi Cita-cita'
TAAT
Apa yang aku maksudkan dengan taat
adalah: Mematuhi perintah dan melaksanakannya dengan segera sama ada dalam
keadaan kesusahan ataupun kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci. Ini
adalah kerana peringkat dakwah ini ada tiga peringkat: 1. Peringkat Taarif
iaitu pengenalan. Ini merupakan peringkat menyebarkan fikrah secara umum di
kalangan manusia. Sistem dakwah dalam peringkat ini adalah seperti sistem
sebuah organisasi. Peranannya adalah bekerja ke arah kepentingan umum.
Wasilahnya adalah cara nasihat menasihati, memberikan petunjuk dan di ketika
yang lain menubuhkan beberapa pertubuhan yang berfaedah dan lain-lain wasilah
yang praktikal. Setiap cabang dari Ikhwan akan berfungsi di peringkat ini untuk
menghidupkan dakwah dan diaturkan oleh undang-undang asas yang diterangkan oleh
perutusan-perutusan Ikhwan dan majalah-majalahnya. Dakwah pada peringkat ini
adalah dakwah umum. Setiap orang yang berkeinginan untuk memberikan sahamnya
akan berhubung dengan jemaah dalam setiap operasinya dan dia akan berjanji
untuk memelihara dasar-dasar jemaah. Taat yang mutlak tidak lagi diwajibkan
pada peringkat ini seperti wajibnya menghormati peraturan dan dasar-dasar umum
jemaah. 2. Peringkat Takwin (pembentukan). Ini dilakukan dengan memilih
unsur-unsur yang layak untuk menanggung bebanan jihad dan juga menyatukan
antara mereka. Sistem dakwah pada peringkat ini adalah secara sufi di sudut
rohani, sistem ketenteraan di sudut praktikalnya. Slogan pada dua perkara ini
(amal dan taat) adalah dengan tidak berbelah bahagi, tidak menarik balik, tidak
ragu dan tidak merasa tertekan. Katibah-katibah Ikhwan pada peringkat ini akan
dibentuk dan akan diaturkan oleh perutusan dasar yang lalu dan juga perutusan
ini. Dakwah pada peringkat ini adalah berbentuk dakwah khas yang hanya akan
bergabung dengannya orang yang mempunyai kesediaan sebenar untuk menanggung
bebanan jihad yang panjang yang banyak cabaran. Petanda awal kepada kesediaan
ini adalah taat yang mutlak dan sempurna. 3. Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan).
Dakwah pada peringkat ini adalah peringkat jihad yang tidak ada tolak ansur di
dalamnya, amalan yang berterusan dan usaha untuk sampai kepada matlamatnya,
cabaran dan bala yang hanya akan dapat disabari oleh orang yang benar. Tidak
ada yang mengimbangi peringkat ini kecuali dengan taat yang sempurna juga. Atas
perkara inilah generasi Ikhwan yang pertama telah berbai'ah pada hari 5 Rabiul
Awal 1359 hijrah.
THABAT
Maksudku dengan thabat
(keteguhan) adalah: Seorang akh itu sentiasa beramal dan berjihad dalam
mencapai matlamatnya walaupun selama mana masa yang akan dilalui sehinggalah
dia berjumpa dengan Allah sedang dia sudah mendapat satu antara dua perkara
yang elok untuknya iaitu dapat mencapai matlamatnya ataupun mati syahid pada
akhirnya. Firman Allah yang bermaksud: "Di antara orang-orang yang beriman,
ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di
antara mereka ada yang gugur (syahid), dan di antara mereka ada yang menunggu
giliran dan mereka tidak mengubah janjinya) sedikitpun" (Al-Ahzab). Pada
kita, masa adalah sebahagian dari unsur rawatan. Jalan ini adalah jalan yang
panjang, peringkat yang berjauhan antara satu sama lain dan banyak cabaran yang
akan ditempuhi, namun begitu jalan ini sahajalah yang akan menepati maksud di
samping balasan dan pahala yang banyak dan indah. Itu adalah kerana setiap
wasilah kita yang enam itu memerlukan persediaan yang elok, menunggu peluang
yang mendatang dan ketelitian dalam pelaksanaan. Semuanya itu bergantung kepada
masanya. Firman Allah yang bermaksud: "Mereka berkata kepadanya: Bilakah kemenangan
itu, katakanlah kepada mereka semoga kemenangan itu adalah perkara yang hampir
berlaku" (Al-Israk).
TAJARRUD
Maksudku dengan tajarrud ini
adalah: Kamu mengikhlaskan diri kamu untuk fikrah kamu sahaja dan tidak kepada
lain-lain dasar dan peribadi. Ini adalah kerana fikrah yang kamu bawa adalah
fikrah yang paling mulia, paling global dan tinggi. "Celupan Allah
(celupan keimanan yang sebenar kepada Allah yang telah sebati dalam jiwa
orang-orang mukmin). Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada
Allah?" (Al-Baqarah). "Sesungguhnya telah ada bagi kamu contoh
teladan yang baik pada Nabi Ibrahim dan mereka yang bersamanya, ketika mereka
berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu
dan apa yang kamu sembah selain Allah, kami mengingkari kamu dan telah jelas
antara kami dengan kamu permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehingga kamu
beriman kepada Allah sahaja..." (al-Mumtahanah). Di sisi seorang akh itu,
manusia adalah terdiri dari enam golongan: Muslim mujahid, muslim yang
menganggur, muslim yang berdosa, zimmi yang mempunyai perjanjian, tidak
berpihak kepada mana-mana pihak dan kafir yang memerangi Islam. Setiap golongan
ini ada hukum interaksi yang khas dengannya di dalam pertimbangan Islam. Dalam
hudud pembahagian inilah, seorang peribadi ataupun sesebuah pertubuhan
dipertimbangkan sama ada untuk diberikan perkongsian ataupun permusuhan.
UKHUWWAH
Maksudku dengan ukhuwwah
(persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan
akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya
adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran.
Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan
tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan
yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya
sendiri). Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menjaga dirinya
dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya" (Al-Hasyr).
Akh yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk
diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama
dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya. Sesungguhnya
serigala akan membaham kambing yang kesesatan. Mukmin dengan mukmin yang lain
adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain.
"Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian
yang lain." Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.
THIQAH
Maksudku dengan thiqah adalah:
Seorang jundi itu yakin dan tenang dengan kebolehan, keikhlasan pemimpinnya
dengan keyakinan yang mendalam yang akan melahirkan perasaan kasih, menghargai
dan taat. Firman Allah yang bermaksud: "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)
mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam
mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak
merasa di hati mereka keberatan dari apa yang kamu hukumkan dan mereka menerima
keputusan itu dengan sepenuhnya" (An-Nisa'). Pimpinan adalah sebahagian
dari dakwah dan tidak ada dakwah tanpa pimpinan. Keyakinan yang silih berganti
antara pimpinan dengan tenteranya akan mencernakan kekuatan sistem jemaah,
mengukuhkan strateginya, kejayaannya dalam mencapai matlamatnya dan juga
kejayaannya mengatasi segala cabaran dan kesusahan yang merintang perjalanan
jemaah. "Ketaatan dan perkataan yang baik adalah lebih utama kepada
mereka..." Pimpinan dalam dakwah Ikhwanul Muslimin mempunyai hak seperti
hak bapa kepada anaknya di sudut hubungan ruhi, hak guru dalam kepentingan
akademik, hak syeikh dalam tarbiyah ruhiyyah, hak pimpinan dalam hukum politik
umum dakwah. Dakwah kita adalah himpunan dari makna-makna ini. Thiqah kepada
pimpinan adalah segalanya dalam usaha menjayakan dakwah ini. Oleh itu seorang
akh itu hendaklah bertanya kepada dirinya sendiri soalan-soalan ini untuk
mengetahui sejauh mana thiqahnya kepada pimpinannya: 1. Adakah dia pernah
mengenali pimpinannya sebelum itu dan mengetahui keadaan hidupnya? 2. Adakah
dia yakin dengan kebolehan dan keikhlasannya?3. Adakah dia bersedia untuk
menganggap setiap arahan yang diberikan kepadanya dari pimpinannya selain dari
perkara maksiat, sebagai arahan yang putus dan muktamad yang tidak ada
perbahasan, keraguan, tidak puas hati dan kritik selepasnya?, di samping
memberikan nasihat dan petunjuk kepada perkara yang benar? 4. Adakah dia
bersedia untuk menganggap pandangannya adalah salah dan pandangan pimpinannya
adalah yang benar, jika berlaku pertembungan arahan pimpinan dengan apa yang
diketahuinya dalam masalah ijtihadiyah yang tidak ada nas syarak? 5. Adakah dia
bersedia untuk meletakkan keadaan hidupnya di bawah kepentingan dakwah? Adakah
pada pandangannya, pimpinan memiliki haknya dalam menentukan antara kepentingan
individunya dengan kepentingan dakwah secara umum? Dengan menjawab soalan
seperti ini, seorang akh itu dapat mengukur sejauh mana hubungannya dengan
pimpinannya dan keyakinannya kepadanya. Ini adalah kerana hati-hati manusia
adalah berada di tangan Allah dan Allah membolak balikkannya mengikut apa yang
Dia kehendaki. Firman Allah yang bermaksud: "Kalaulah kamu belanjakan
segala yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat juga menyatu-padukan di
antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara
(hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
(Al-Anfaal).
Wahai akh yang benar dalam dakwahnya: Keimanan kamu
dengan bai'ah ini mewajibkan agar kamu menunaikan beberapa kewajipan di bawah
sehinggalah kamu menjadi satu sudut yang kukuh dalam binaan Islam ini.
Kewajiban itu adalah:
1.
Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu
tidak kurang dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu menghabiskannya
dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.
2.
Hendaklah kamu perelokkan bacaan al-Quran kamu,
mendengar dan mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu
dengan mempelajari sirah yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang
bacalah kitab `Humatul Islam'. Hendaklah juga kamu banyakkan membaca hadis
Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang empat puluh hadis dan
seboleh-bolehnya hendaklah hadis empat puluh pilihan an-Nawawi. Kamu juga
hendaklah mempelajari usul akidah dan cabang-cabang fikih.
3.
Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat
rawatan setiap penyakit yang dihidapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan
dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.
4.
Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan
lain-lain minuman penyegar, jangan minum minuman-minuman ini kecuali ketika
darurat. Janganlah sekali-kali merokok.
5.
Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama
ada dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama
dibina atas asas kebersihan.
6.
Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali
berdusta.
7.
Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan
kata-kata. Janganlah melanggarnya walaupun apa juga keadaan.
8.
Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah
menanggung kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam
perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan
insaf diri dan mampu mengawal diri ketika marah.
9.
Hendaklah sentiasa warak, tenang dan serius. Kewarakan
kamu tidak menghalang kamu dari gurauan benar ataupun suka dalam senyuman.
10.
Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif,
kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan yang
pertama (kebaikan) dan sedih dengan perkara yang kedua (keburukan). Hendaklah
juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam perkara yang bukan mendatang kehinaan,
ketundukan dan pendustaan. Hendaklah meminta gaji yang kurang dan gaji
sebenarnya agar kamu dapat sampai kepada darjat tawadhuk.
11.
Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap
keputusan yang diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu
perkara janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang ada, begitu juga
perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala kejahatan yang
ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan segala nilai
murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh diri sendiri
ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun perkara yang kamu
tidak sukai.
12.
Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan
tulang dalam khidmat awam, gembira dan riang jika dapat memberikan bantuan dan
khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang
berhajat, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa kemalangan
walaupun hanya dengan perkataan yang baik, juga sentiasalah bersegera dalam
amalan kebaikan.
13.
Hendaklah menjadi seorang yang menyayangi, memuliakan,
memaafkan, mengampun dan berlembut dengan manusia mahupun binatang. Hendaklah
mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan semua manusia, memelihara adab
Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak, memuliakan dan menghormati
orang tua, melapangkan majlis, tidak menyelinap dan merisik hal orang lain,
tidak mengumpat dan bertempik-tempik, meminta izin jika ingin masuk dan keluar
dan lain-lain lagi.
14.
Bijak dalam membaca dan menulis, banyak mentelaah
perutusan-perutusan, akhbar, majalah Ikhwan dan sebagainya. Hendaklah membuat
perpustakaan sendiri walaupun kecil, hendaklah kamu menjadi seorang yang pakar
dalam bidang ilmu dan seninya jika kamu seorang ahli takhasus. Hendaklah kamu
menguasai hal-ehwal am Islam yang membolehkan kamu menggambarkannya dan
memutuskan sesuatu hukum yang bertepatan dengan kehendak fikrah.
15.
Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak
mana harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun dengan pendapatan
yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala usaha kamu kepadanya walaupun
setinggi mana tahap pencapaian akademik kamu.
16.
Jangan terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan
hendaklah kamu menganggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan
pula kamu menolaknya jika kamu diberikan peluang. Janganlah kamu melepaskannya
kecualilah jika ia bertentangan secara langsung dengan kewajiban dakwah.
17.
Pastikan kamu melakukan pekerjaan kamu dengan seelok
eloknya, penuh ketekunan, dedikasi, tidak menipu dan tepat pada masanya.
18.
Hendaklah kamu menjadi seorang yang bijak menunaikan
hak-hak kewajipan kamu, hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna
tidak ada kekurangan, dan tidak sekali menangguh-nangguh.
19.
Hendaklah jauhkan diri dari sebarang jenis perjudian
walaupun apa tujuan lain di belakangnya, jauhkanlah diri dari segala punca
pendapatan yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan segera yang akan
didapati.
20.
Jauhkan diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan
bersihkan diri anda keseluruhannya dari riba.
21.
Hendaklah memberikan khidmat positif kepada
perkembangan ekonomi Islam dengan mendokong segala kilang-kilang dan
binaan-binaan ekonomi Islam. Jagalah setiap sen duit kamu agar jangan terjatuh
ke tangan pihak bukan Islam walau apa jua keadaan. Janganlah kamu makan dan
pakai kecuali dari makanan dan pakaian buatan negara Islam kamu sendiri.
22.
Memberikan saham sebahagian dari harta kamu untuk
dakwah, menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikanlah ia sebagai
hak yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan harta benda, walau
sekecil manapun pendapatanmu.
23.
Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit
untuk masa kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya
kepada perkara yang hanya bersifat menyempurnakan.
24.
Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan
segala adat-adat Islam dan menghapuskan adat-adat asing dalam seluruh aspek
kehidupanmu. Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan salam alu-aluan,
bahasa, sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadual kerja dan rehat, makanan dan
minuman, jadual sampai dan bertolak, kesedihan dan kesukaan dan sebagainya.
Hendaklah kamu sentiasa merujuknya daripada sunah Rasulullah s.a.w yang suci.
25.
Hendaklah kamu memulaukan segala mahkamah tradisi dan
setiap hukuman yang tidak menepati Islam, memulaukan sepenuhnya kelab-kelab,
media massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan yang menentang fikrah
kamu.
26.
Sentiasa bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati
akhirat dan bersedia untuknya. Hendaklah kamu melakukan segala perkara yang
menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh kebanggaan dan keazaman.
Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat-ibadat sunat seperti
sembahyang malam, berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan,
memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar dalam
setiap keadaan.
27.
Hendaklah kamu sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan
sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk kebanyakan waktu.
28.
Perelokkan sembahyang kamu, sentiasa mengerjakannya
pada waktunya dan menjaganya agar ditunaikannya secara berjemaah dan di masjid
sejauh kemampuan kamu.
29.
Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika
mampu dan berusaha ke arahnya jika kamu masih belum ada kemampuan mengerjakan
haji.
30.
Sentiasalah sematkan niat untuk berjihad dan perasaan
mencintai syahid dalam hatimu dan bersedialah untuk itu sedaya upaya kamu.
31.
Hendaklah sentiasa memperbaharui taubatmu, sentiasa
beristighfar, melepaskan diri dan dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa
besar. Hendaklah kamu memperuntukkan sedikit masa untuk menghitung amalanmu
sama ada baik ataupun tidak, sebelum tidur, berwaspada dari membuang masa
kerana masa adalah kehidupan, tidak menghabiskannya dalam perkara yang tidak
berfaedah dan hendaklah kamu warak dalam perkara yang syubhat supaya kamu tidak
terjerumus dalam perkara yang haram.
32.
Hendaklah kamu berjihad keras melawan nafsu kamu supaya
kamu dapat mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu, mengawal
perasaan kamu, melawan dorongan seks dalam diri kamu dan hendaklah sentiasa
mencari perkara yang halal dan baik dan menghalang kamu dari melakukan
perbuatan yang haram.
33.
Hendaklah kamu menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak
dan perkara yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang seumpamanya.
34.
Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu dari kawan yang
jahat dan merosakkan begitu juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa.
35.
Hendaklah kamu memerangi tempat-tempat yang melalaikan
lebih-lebih lagi dari mendekatinya. Kamu juga hendaklah menjauhkan diri dari
segala bentuk kemewahan.
36.
Hendaklah kamu mengenali dengan terperinci setiap
individu dari kalangan anggota katibah kamu dan juga kenalkan diri kamu
sedetailnya kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara sempurna
seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu dan melebihkan mereka
dari diri kamu sendiri (ithar). Hendaklah kamu sentiasa menghadiri perjumpaan
mereka dan janganlah ponteng darinya kecualilah dengan sebab keuzuran yang
memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka dalam setiap interaksi kamu.
37.
Hendaklah merungkaikan segala ikatan kamu dengan segala
pertubuhan atau jemaah yang tidak ada hubungkaitnya dengan kepentingan fikrah
kamu khasnya jika kamu diperintahkan sedemikian.
38.
Berusahalah untuk menyebarkan dakwah kamu ke setiap
pelusuk bumi ini dan hendaklah sentiasa memberitahu pimpinan kamu apa sahaja
keadaan yang kamu hadapi dan janganlah membuat sesuatu yang memberikan kesan
yang besar kecuali dengan izin, hendaklah sentiasa berada dalam hubungan sama
ada ruh atau amali dengan pimpinan. Hendaklah kamu sentiasa menganggap diri
kamu sebagai seorang tentera di pengkalannya yang sentiasa bersedia menunggu
arahan.
Wahai saudara
yang benar ...Inilah dakwah kamu secara umumnya, ringkas penjelasan mengenai
fikrah kamu yang dapat dikumpulkan asas-asas ini ke dalam lima slogan: `Allah
Matlamat Kami, Rasul Ikutan Kami, Al-Quran Syariat Kami, Jihad Jalan Kami dan
Syahid adalah Cita-cita Kami' Kamu juga dapat mengumpulkan tanda-tandanya dalam
lima perkataan yang lain iaitu: Al-Bisatoh (mudah dan bersederhana), Al-Tilawah
(tilawah al-Quran), Al-Solat (sembahyang), Al-Jundiyah (Ketenteraan) dan
Al-Khulk (akhlak). Yakinlah bahawa jika kamu beramal dengannya dan
menjadikannya sebagai harapan hidupmu dan tumpuan matlamatmu, maka balasan yang
akan kamu dapati adalah kemuliaan di dunia serta kebaikan dan keredhaan di
akhirat nanti. Di kala itu kamu adalah sebahagian dari kami dan kami adalah
sebahagian dari kamu. Jika kamu berpaling dari kami dan berhenti dari amal ini,
maka tidak ada lagi hubungan antara kita walaupun ketika itu kamu mengetuai
kami dan mendapat gelaran-gelaran dan pangkat yang tinggi. Allah akan
menghitung pengunduran kamu dari amal ini dengan hitungan yang ketat. Oleh itu
pilihlah untuk dirimu apa yang kamu dampakan dan kami berdoa kepada Allah agar
diberikan hidayah dan taufik kepada kita. Wahai orang-orang yang beriman!
Mahukah kamu jika aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang akan
menyelamatkan kamu dari azab yang pedih: Pertama: Kamu beriman kepada Allah dan
RasulNya Kedua: Kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri
kamu. Itulah yang lebih baik kepada kamu, sekiranya kamu mengetahui: 1. Nescaya
Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu.2. Dan memasukkan kamu ke dalam syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal
yang baik dalam syurga Adn'. Itulah keuntungan yang besar 3. Dan perkara lain
yang kamu sukai (ialah) pertolongan dari Allah.4. Juga kemenangan yang dekat
(waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira itu kepada orang-orang mukmin.
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah
seperti mana Nabi Isa ibni Maryam berkata kepada pengikut-pengikutnya:
"Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama)
Allah?". Penolong-penolongnya menjawab: "Kamilah penolong-penolong
(agama) Allah", maka berimanlah segolongan dari Bani Israel sementara
segolongan lagi kufur. Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang
beriman ke atas musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang
(maksud ayat 10-14 dari surah al-Soff).
0 komentar:
Posting Komentar